pageviewer

Thursday, January 20, 2011

-perasmian drama beret hijau-

Majlis Pelancaran Drama Beret Hijau 13 episod
Dirasmikan oleh: Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Penerbit: DEN WAHAB
Pengarah: Along Kamaruddin


gimik oleh komander2.



persembahan dari ANA RAFALI;]]




nenek dan mama;]]



Antara barisan2 pelakon:


Iqbal(Pilih Kasih)-hero-


-heroin-















ana rafali.3 buah lagu:
  • Hujan Bunga di KL
  • Kalau Berpacaran
  • Tlg Ingatkan Aku
keratan dr mstar on9:

Menurut penerbitnya, Din Wahab, lebih istimewa drama yang mendapat kerjasama Angkatan Tentera Malaysia itui akan menggunakan peralatan dan senjata sebenar yang digunakan pasukan tentera.

"Drama ini akan menonjolkan kehebatan tentera darat dan pasukan komando. Kita juga akan menampilkan aksi -aksi ngeri yang sinonim dengan pasukan pakaian seragam ini.

"Ia juga bakal menampilkan lebih 200 pelakon termasuk anggota tentera yang turut membantu menjayakan adegan peperangan," katanya pada sidang media Majlis Perlancaran Drama Beret Hijau, di sini, Khamis

Dalam pada itu, penggambaran yang sudah dimulakan pada 12 Januari lalu dijangka tamat pada 27 Januari ini. Ia bakal ditayangkan sempena Hari Pahlawan iaitu Julai ini di RTM 1.

Pengarahnya, Along Kamaruddin berkata, cabaran utama mengarahkan drama itu ketikamelakukan adegan peperangan dengan menggunakan senjata sebenar dan peluru hidup.

"Kita ada adegan perang dan letupan, yang mana ia memerlukan kemahiran dari tentera kerana agak bahaya, namun kita akan utamakan keselamatan pelakon terlebih dahulu.

"Dari pengalaman lalu mengarahkan drama peperangan ini, ia akan mengambil masa agak panjang untuk satu babak," jelasnya.

Mengenai barisan pelakon Along memberitahu pemilihan merekan terdiri daripada bakat-bakat baru yang bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan kebolehan masing-masing.

"Kita memilih muka-muka baru kerana memberi peluang kepada mereka untuk tonjolkan bakat yang ada. Tapi saya percaya mereka mampu membawa watak-watak yang diberikan," katanya.

Antara pelakon yang menjayakan drama ini ialah Iqbal (Pilih Kasih), Azie Yahya, Chomell Fana, Hasnul Rahmad, Hairi (Anak Wayang) dan ramai lagi


p/s: xdpt jumpe remy ishak kat sogo, dpt jumpe Ana Rafali pon jdla.hahaha;]]

No comments: